KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Yang Berhormat Dr Hazland bin Abang Hipni telah memberikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga-keluarga arwah yang meninggal dunia di beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.05 Demak Laut.
Sumbangan tersebut telah disampaikan Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan DUN Demak Laut yang mewakili YB Dr Hazland bin Abang Hipni di Kampung Tabuan Lama, Tabuan Hilir, Tabuan Tengah, Tabuan Lot, Tabuan Dani dan Tabuan SPC di sini, Khamis lepas.
Aktiviti dan program sebegini merupakan aktiviti mingguan yang bertujuan membantu keluarga dalam pengurusan keluarga arwah selepas kehilangan ahli keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment