Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

Hari Sarawak Disambut Meriah


KUCHING - Sambutan meriah Perayaan Hari Sarawak Ke-55 Ahad lepas bertempat di Dataran Perayaan, Jalan Stadium membuktikan rakyat negeri ini ‘sayang’ Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Acara telah dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan keseniaan negeri Sarawak dan tayang video Hari Sarawak serta simbolik perasmian Hari Sarawak Ke-55 oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Turut sama hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dan isteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top