KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni hadir disambutan Perayaan Hari Sarawak Ke-55 yang berlangsung di Dataran Perayaan, Jalan Stadium, baru-baru ini.
Bersama ADUN Demak Laut, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) dan ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.05 Demak Laut.
Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.
Turut sama hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg dan isteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak.
No comments:
Post a Comment