KUCHING - Seramai 252 orang penerima dari zon Tabuan menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut Dr Hazland bin Abang Hipni di sini, petang tadi.
Mereka terdiri daripada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan keluarga daif serta anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Menurut Dr Hazland, sumbangan ini merupakan program tahunan dan berterusan yang dilaksanakan Pusat Khidmat ADUN N5 Demak Laut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
"Program penyampaian sumbangan ini merupakan program tahunan dan berterusan. Kita tidak memberikan sumbangan sebegini pada waktu-waktu tertentu sahaja.
"Bagi pesakit kronik, kita juga mempunyai bantuan-bantuan alat hospital seperti kerusi roda dan pinjaman katil pesakit.
"Katil-katil tersebut dipinjam dan ketika ini kita ada lapan buah katil tersebut. Bagaimanapun, katil-katil ini dipinjam disebabkan harganya yang mahal. Selain itu, banyak lagi bantuan-bantuan lain yang disediakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan di Masjid Darus Saadah, Kampung Tabuan Melayu Kuching.
Turut hadir Ketua Kaum Kampung Tabuan Hilir Haji Ramli bin Salleh, Ketua Ranting Tabuan Lama Jali bin Abang, Ketua Ranting Tabuan Hilir Jarni bin Osen, Ketua Ranting Tabuan Selipar Putus dan Cemerlang Haji Sedek Deris, Ketua Ranting Tabuan Tengah Amzah Haji Dollah dan Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia Ismail bin Ali.
No comments:
Post a Comment