Music

Header Ads

Friday, September 7, 2018

Dr Haji Hazland Mengadakan Lawatan Mengejut Bagi Meninjau Projek RTP DUN Demak Laut


KUCHING, 7 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni telah mengadakan lawatan mengejut ke beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Demak Laut, semalam.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau perjalanan projek RTP yang kini dalam proses pelaksanaan dan kesemua projek ini mesti disiapkan pada tahun ini.

Dr Haji Hazland telah melawat Projek RTP Lampu Jalan di dua buah kampung iaitu di Kampung Muara Tebas dan Kampung Senari. 
Kedua-dua kampung ini memerlukan lampu jalan bagi menerangi beberapa jalan kampung yang sebelum ini bergelap dan merbahayakan pengguna jalan raya. 

Selepas itu, Dr Haji Hazland turut mengadakan lawatan ke Bako Hijrah bagi meninjau tapak Padang Futsal yang akan dibina dalam masa terdekat ini.
Ini merupakan permintaan daripada penduduk Bako Hijrah bagi keperluan rekreasi belia di kawasan tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top