Music

Header Ads

Friday, September 7, 2018

Dr Haji Hazland Minum Pagi Bersama Penduduk Kawasan DUN Demak Laut Di 'Open Air Market'


KUCHING, 7 September - Perancangan awal hanya mahu berjumpa Penghulu Kampung Beradek Bolhassan bin Ibrahim dan Ketua Kaum Kampung Semilang Fauzi bin Ameng sambil minum pagi di 'Open Air Market', Kuching berdepan dengan Elektra House, dekat sini pagi Khamis lepas.

Ini kerana sudah lama rasanya tidak minum di kawasan Open Air Market ini yang menyimpan banyak cerita mengenai pembangunan Bandaraya Kuching.

Bagaimanapun, rombongan ADUN Demak Laut dan Ketua-Ketua Masyarakat dari Kampung Beradek dan Semilang yang sedang santai minum pagi itu telah didatangi beberapa orang penduduk dari Kampung Bako, Sejingkat, Muara Tebas, Beradek dan Semilang yang kebetulan ketika itu sedang menunggu van dan bas untuk pulang ke destinasi masing-masing.
Kesempatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland bin Haji Abang Hipni telah mempelawa mereka ini untuk lepak dan minum bersama sambil berbincang mengenai hal-hal di kampung dan isu-isu semasa sementara menunggu van dan bas tiba.
Ramai di kalangan mereka tidak menyangka akan berjumpa dengan Dr Haji Hazland di kawasan seperti ini dan mereka telah mengambil peluang untuk minum dan bergambar bersama.
Ternyata pertemuan singkat minum pagi itu banyak memberikan input dan maklumat kepada ADUN Demak Laut untuk melihat apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenal pasti berlaku semasa sembang-sembang pagi itu.

No comments:

Post a Comment

Back To Top