Music

Header Ads

Tuesday, October 9, 2018

Projek MARRIS Berjaya Pertingkatkan Kemudahan Jalan Kampung Di Kawasan DUN Demak Laut


KUCHING, 8 Oktober - Kerja-kerja penurapan jalan kampung di Kampung Tabuan Tengah yang telah bermula pada 2 Oktober lepas kini telah siap. 

Kini, penduduk-penduduk di kampung tersebut boleh merasai keselesaan dalam menggunakan pengangkutan menerusi jalan kampung ini.

Projek penurapan jalan kampung di Kampung Tabuan Tengah ini merupakan projek Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kawasan DUN Demak Laut.


Ini adalah sebahagian daripada usaha yang telah dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni dalam usaha mempertingkatkan lagi kemudahan infrastruktur kepada penduduk-penduduk Kampung Tabuan Tengah.

Projek ini di bawah selian Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang merupakan pihak atau agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual.


Semoga penurapan jalan kampung ini memberikan kemudahan yang baik kepada penduduk-penduduk Kampung Tabuan Tengah selepas ini.


No comments:

Post a Comment

Back To Top