Music

Header Ads

Saturday, December 29, 2018

2 Buah Rumah Terlibat Kejadian Angin Kencang Dapat Bantuan ADUN Demak Laut


KUCHING, 29 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni berkata dua buah rumah yang atapnya diterbangkan dalam kejadian angin kencang petang semalam akan dibantu secepat mungkin.

Beliau berkata demikian semasa melawat rumah mangsa di Kampung Sejingkat di sini.

Menurutnya, selepas mendapat berita kejadian tersebut beliau bersama staf Pusat Khidmat DUN N05 Demak Laut bergegas ke tempat kejadian dan meninjau sendiri kerosakan yang dialami mangsa.


Didapati atap rumah mangsa telah tercabut dan diterbangkan angin dalam kejadian angin kencang yang berlaku secara tiba-tiba petang semalam.

Bagaimanapun, syukur kerana kejadian tersebut tidak membabitkan sebarang kecederaan. 


Dalam lawatan itu, Dr Hazland turut menyampaikan sumbangan bagi meringakan mangsa buat sementara waktu. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top