Music

Header Ads

Thursday, March 7, 2019

3 Ranting PBB Bako Destinasi Seterusnya Pelancaran GPS Peringkat DUN Demak Laut


KUCHING: Tiga ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bako menjadi destinasi seterusnya Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, pada hari ini (semalam), adalah kesinambungan Pelancaran GPS DUN Demak Laut dengan melibatkan tiga ranting PBB.

“Sebelum ini, kita telah melancarkan GPS di peringkat ranting-ranting PBB di dalam kawasan DUN Demak Laut.

“Pada hari ini (semalam), kita telah meneruskan pelancaran GPS di peringkat Ranting PBB dan kali ini melibatkan Ranting PBB Bako Hulu, Ranting PBB Bako Tengah dan Ranting Bako Hilir.

“Ini susulan daripada pelancaran Jambatan Bako yang telah disempurnakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg baru-baru ini.

“Pada hari ini juga kita menyaksikan lebih kurang 120 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) dan ahli-ahli Ranting PBB bagi ketiga-tiga ranting itu hadir,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap di Pelancaran GPS Peringkat Ranting PBB Bako Hulu, Bako Tengah dan Bako Hilir di Dewan Bako Hulu, semalam.

Dr Hazland yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sarawak turut menyampaikan Taklimat Isu-Isu Semasa Politik Sarawak kepada setiap AJK PBB yang hadir.

“Setiap AJK dan ahli PBB perlu mempunyai pengetahuan dan maklumat mengenai senario politik yang berlaku di Sarawak termasuklah penubuhan GPS ini.

“Ini kerana, rakyat perlu mengetahui suasana politik Sarawak sebenar supaya mereka tidak ditipu oleh dakyah pembangkang yang sentiasa cuba mengaburi pemikiran rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli PBB untuk menangkis dakyah ini dengan fakta dan maklumat yang benar seperti yang diberikan pada hari ini,” tambahnya yang menyifatkan taklimat itu suatu yang sangat penting.

Katanya, fakta dan maklumat seperti Perjanjian Malaysia 1963, GPS, Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO58), Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, cukai 5 peratus produk petroleum, Bajet 2019 Sarawak dan Demi Rakyat 65 Inisiatif Team Abang Jo perlu diketahui dan dimaklumkan kepada rakyat.

“Pada hari ini, media penyiaran seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lagi menyiarkan berita pemimpin-pemimpin Sarawak. Ini disebabkan polisi baharu RTM yang merupakan alat media Kerajaan Persekutuan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Untuk itu, kita akan memperluaskan maklumat perjuangan kita (PBB) dan Kerajaan Sarawak menerusi media sosial dan media yang sedia ada untuk makluman rakyat.

“Seperti saya sendiri, rakyat boleh mengetahui pergerakan dan program di lapangan dengan melayari Facebook ‘Page DUN N05 Demak Laut’, ‘Page Hazland Hipni’, ‘GPS N5 Demak Laut’ dan ‘PBB N5 Demak Laut’,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Hazland turut menyampaikan simbolik baju GPS DUN Demak Laut kepada ketiga-tiga Ketua Ranting PBB Bako Hulu, Bako Tengah dan Bako Hilir.

No comments:

Post a Comment

Back To Top