Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

4 Buah Rumah Di Kampung Tabuan Haji Drahman 1 Terlibat Dalam Projek PPRMS


KUCHING: Sebanyak 4 buah rumah telah terlibat dalam Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Kampung Tabuan Haji Drahman 1, petang semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni menyerahkan sendiri 4 projek baik pulih rumah di bawah Projek PPRMS Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.
Projek PPRMS ialah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk meneruskan kesinambungan usaha membantu rakyat miskin di Sarawak selepas Kerajaan Pusat menghentikan usaha tersebut. 
Projek ini akan memastikan mereka yang layak akan memiliki rumah yang selesa untuk didiami. 
Sehingga kini, beberapa orang penduduk di kawasan DUN Demak Laut telah menerima bantuan PPRMS sekaligus membantu mengurangkan beban rakyat miskin dan tidak berkemampuan, mengelak pemohon menunggu kelulusan begitu lama dan pelaksanaan tidak efisien.

No comments:

Post a Comment

Back To Top