Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Isyraf Hafizin Terima Sumbangan Wakili Negara Ke Kejohanan Badminton 3 Negara Di Jepun Dan MSS Malaysia


KUCHING: Pemain badminton negara Isyraf Hafizin bin Ibrahim menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Laut Dr Hazland Abang Hipni dalam satu majlis ringkas di sini, malam tadi.
Sumbangan ini akan digunakan bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Badminton 3 Negara di Jepun Dan MSS Malaysia di Melaka hujung bulan ini.
"Saya berasa bangga kerana adanya anak tempatan Kampung Tabuan yang berjaya dalam bidang sukan badminton seperti yang ditunjukkan Isyraf Hafizin.
"Isyraf Hafizin bukan sahaja pernah mewakili negeri, tetapi juga mewakili negara dalam satu kejohanan yang besar yang akan disertainya hujung bulan ini.
"Bukan mudah untuk berada di tahap ini lebih-lebih lagi mewakili negara. Selain banyak latihan, seseorang pemain itu perlu mempunyai disiplin yang tinggi sepanjang latihan.
"Sebelum ini, Demak Laut telah menghasilkan pemain bola sepak yang mewakili negeri dan negara," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada Isyraf Hafizin dan Kelab Badminton Tabuan di sini, malam tadi.
Mengenai sumbangan hari ini, sememangnya ADUN Demak Laut ada mempunyai peruntukan khas kepada rakyat di kawasan Demak Laut yang berjaya mewakili negeri dan negara.
"Sumbangan hari ini adalah sebahagian daripada inisiatif kepada adik Isyraf Hafizin yang akan mewakili negeri dan negara dalam sukan badminton.
"Saya berdoa agar adik Isyraf Hafizin akan mencapai kejayaan dalam kejohanan yang disertainya. 
"Buat Kelab Badminton Tabuan, saya mengharapkan lebih ramai lagi pemain-pemain badminton bertaraf kebangsaan dan dunia dapat dilahirkan selepas ini," tambahnya.
Sementara itu, Dr Hazland turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai, pertubuhan dan syarikat dalam membantu Isyraf Hafizin mendapatkan dana bagi membiayai perbelanjaan sewaktu mewakili negara di kejohanan di Jepun dan mewakili Sarawak di Melaka. 
Mereka boleh menghubungi Ibrahim Adam di talian 013-8470034 bagi mendapatkan informasi lebih lanjut. 
Isyraf Hafizin akan mewakili Malaysia di Kejohanan Badminton 3 Negara di Tokyo, Jepun pada 19 hingga 25 Mac 2019 dan selepas itu mewakili Sarawak di Kejohanan Peringkat Kebangsaan MSS Malaysia di Melaka pada 26 hingga 31 Mac 2019.

No comments:

Post a Comment

Back To Top