Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

SMK Bako Cipta Sejarah, 4 Pelajar Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 2018


KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya mencatat peningkatan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.
Terdahulu, SMK Bako telah berjaya menempatkan diri di tangga ke 9 daripada 28 buah sekolah terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarawak.
Pada SPM 2018, SMK Bako telah mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) 5.47 berbanding tahun 2017 GPS 5.74. 
Ini merupakan rekod kejayaan sekolah dan berjaya melakar sejarah sejak penubuhan SMK Bako.
Pelajar Aina Yulianti bte Asdullah muncul pelajar terbaik SMK Bako apabila mendapat 9A dalam semua mata pelajaran.
Sementara itu, dua orang pelajar Mohamad Daniel bin Abdul Rahman dan Nurul Izzati binti Isham memperoleh 8A dan seorang lagi Juliandi Lee bin Mohamad Sahlee memperoleh 7A.

No comments:

Post a Comment

Back To Top