KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako muncul sekolah terbaik Bahgaian Kuching dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 Sarawak.
SMK Bako berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.08 secara keseluruhan dalam pencapaian sekolah dan menduduki tangga ke 9 daripada 28 buah sekolah yang memperoleh PNGK 2.80 ke atas di seluruh negeri Sarawak.
Khairul Aishah bte Roslise, Arif Fadri bin Arrifin dan Chai Ming Lai muncul pelajar terbaik STPM 2018 SMK Bako apabila ketiga-tiga mereka mencatat keputusan cemerlang
Khairul Aishah mencatat keputusan PNGK 4.0, Arif Fadri memperoleh PNGK 3.92 dan Chai Ming Lai memperoleh PNGK 3.84.
Sementara, 23 daripda 42 pelajar STPM SMK Bako memperoleh PNGK 3.0 ke atas.
Ini suatu pencapaian yang sangat membanggakan kepada sekolah, guru-guru, ibu bapa dan keluarga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni ketika dihubungi melahirkan rasa gembira di atas kejayaan SMK Bako dalam mencatat keputusan cemerlang STPM 2018.
“Tahniah kepada pengetua dan guru-guru di atas kejayaan SMK Bako yang berjaya menempatkan diri di 10 tempat teratas dalam keputusan STPM 2018 negeri Sarawak.
“Lebih membanggakan tiga orang pelajar Khairul Aishah, Arif Fadri dan Chai Ming Lai berjaya menperoleh keputusan cemerlang.
“Ini suatu pencapaian yang sangat membanggakan kepada seluruh warga SMK Bako.
“Saya sendiri selaku wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut berasa gembira di atas kejayaan yang dicapai sekolah dan pelajarnya,” katanya.
Dr Hazland memberitahu, esok beliau akan berjumpa dengan dua orang pelajar cemerlang dan para guru di SMK Bako untuk mencapai ucapan tahniah.
Keputusan STPM telah diumumkan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, semalam.
No comments:
Post a Comment