Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Pelancaran GPS Dilancar Di 7 Ranting PBB Zon Tabuan


KUCHING: Jelajah Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut diteruskan dan kali ini di kawasan Zon Tabuan, semalam.
Zon Tabuan menghimpunkan 7 Ranting PBB dengan penyertaan kira-kira 250 Ahli Jawatankuasa (AJK) Ranting PBB hadir menjayakan Pelancaran GPS DUN Demak Laut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni hadir dan seterusnya melancarkan Pelancaran GPS PBB Zon Tabuan.
Seperti sebelumnya, Dr Hazland telah menyampaikan Taklimat Isu-Isu Politik Semasa Sarawak dan seterusnya menyampaikan simbolik penyerahan baju GPS DUN Demak Laut kepada Ketua Ranting PBB Ranting di Zon Tabuan.
Terdahulu, AJK PBB telah mengadakan sesi soal jawab berkenaan isu-isu politik semasa dan persoalan berkenaan dengan isu-isu tempatan secara terus kepada Dr Hazland.
Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan Pelancaran GPS DUN Demak Laut Peringkat Zon Tabuan ini suatu langkah yang sangat baik terutama dalam menjawab persoalan terus daripada rakyat Tabuan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top