Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Larian Jambatan Bako Dapat Sambutan Menggalakan Penduduk Setempat


KUCHING: Penganjuran Larian Jambatan Bako 2019 merupakan aktiviti pertama Jambatan Bako selepas perasmiannya pada 24 Februari lepas, semalam.
Program ini merupakan anjuran Pusat Khidmat DUN Demak Laut, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Bako, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako, Seberkas Kampung Bako, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bako dan Kawasan Kejiranan Mesra Kampung Bako.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni telah hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pelbagai aktiviti telah diadakan selain acara lain antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, aktiviti wanita, sepak takraw, futsal dan sebagainya.
Program yang diadakan selama satu hari berjaya menarik sebahagian besar penduduk di kawasan zon Bako ini.
Penduduk turut mengambil bahagian dalam menjaja barangan berupa makanan dan minuman selain produk tempatan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top