Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

ADUN Demak Laut Menyampaikan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2018 SM Teknik Sejingkat


KUCHING: Kejayaan Sekolah Menengah (SM) Teknik Sejingkat menempatkan diri dalam kalangan 21 sekolah luar bandar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sarawak adalah suatu kejayaan yang amat dibanggakan.
Kejayaan ini turut dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni yang hadir dan seterusnya menyampaikan sumbangan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2018 kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam SPM 2018 yang diumumkan Khamis lepas.

"Jadikan kejayaan SPM 2018 ini sebagai batu loncatan kepada kecemerlangan yang lebih lagi di masa akan datang.
"SPM adalah tiket untuk pelajar memohon jurusan seterusnya dalam mencapai cita-cita sekaligus meningkatkan modal insan Sarawak.
"Kepada anda semua, syabas dan tahniah. Teruskan mencipta kejayaan dan memperoleh ijazah dan pengetahuan yang semestinya dituntut untuk masa depan," katanya semasa berucap di majlis ringkas Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2018 SM Teknik Sejingkat, semalam.
Ini merupakan inisiatif ADUN Demak Laut dalam memastikan kecemerlangan pendidikan di kawasan DUN Demak Laut ini dapat dipertingkatkan.
Tidak cukup dengan itu, pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam atau swasta turut diberikan insentif sebagai galakan kepada mereka untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

No comments:

Post a Comment

Back To Top