Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Penduduk Kampung Sejingkat Gembira GPS Dilancarkan


KUCHING: Kemeriahan jelas terpancar di kalangan penduduk Kampung Sejingkat apabila parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilancarkan secara rasmi di Kampung Sejingkat di sini, malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abg Hj Hipni hadir dan merasmikan GPS peringkat Ranting PBB Sejingkat.
Turut diadakan Taklimat Politik Sarawak Semasa yang bertujuan menjelaskan usaha-usaha Kerajaan Sarawak kepada rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg seperti Perjanjian Malaysia 1963, Ordinan Petroleum Minyak 1958, Demi Rakyat 65 Inisiatif Team Abang Jo dan Pelancaran GPS Peringkat Sarawak.
Kesempatan itu, Dr Hj Hazland juga menyampaikan sumbangan kepada 123 golongan asnaf Kampung Sejingkat Hilir yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

No comments:

Post a Comment

Back To Top