Music

Header Ads

Wednesday, January 22, 2020

Dr Hazland Puas Hati Kerja-Kerja Naik Taraf Surau SMK Bako



KUCHING: Siapnya projek Naik Taraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako pada awal Januari ini telah membolehkan pelajar-pelajar sekolah tersebut mengunakkannya. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, beliau berpuas hati dengan kerja-kerja naik taraf surau di sekolah tersebut dan yang lebih penting telah digunakan pelajar bagi sesi persekolahan tahun ini. 

“Kerja-kerja naik taraf surau SMK Bako ini telah berjaya disiapkan kontraktor pada awal Januari ini seperti yang termaktub dalam perjanjian. 

“Ianya merangkumi kerja-kerja naik taraf kawasan wuduk, tandas dan bahagian belakang surau yang tidak selesa digunakan sebelum ini. 

“Siapnya kerja-kerja baik pulih itu membolehkan pelajar dan guru serta staf sekolah menggunakan surau ini untuk sembahyang dan aktiviti keagamaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas meninjau Naik Taraf Surau SMK Bako pada Selasa. 

Projek Naik Taraf Surau SMK Bako yang bermula 10 Oktober lepas mengambil masa selama 12 minggu dan siap pada 1 Januari 2020. 

Kos bagi menaik taraf surau ini sebanyak RM50,000 dan merupakan inisiatif Dr Hazland di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Demak Laut. 

Dr Hazland turut menjelaskan sebanyak tiga projek RTP telah dilaksanakan di tiga buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut pada tahun lepas. 

“Ketiga-tiga projek RTP di SMK Bako, Sekolah Kebangsaan (SK) Goebilt dan SK Muara Tebas merupakan keperluan yang diminta dan dipohon pihak sekolah bagi keselesaan pelajar. 

“Atas keperluan dan kepentingan bersama, projek RTP di sekolah ini dimasukkan di dalam cadangan RTP pada 2019 dan telah siap pada penghujung 2019,” jelasnya. 

Selain projek RTP di sekolah, terdapat banyak lagi RTP yang melibatkan keperluan dan kepentingan rakyat di kampung-kampung telah pun siap dan ada yang sedang dilaksanakan. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top