Music

Header Ads

Thursday, January 9, 2020

Penyertaan Kelab 4x4 Demak Laut Kini Dibuka Kepada Peminat Di Sekitar Kuching



KUCHING: Penyertaan Kelab 4x4 Demak Laut kini dibuka kepada peminat-peminat kenderaan tersebut di sekitar Kuching. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan peminat kenderaan tersebut di sekitar Kuching di dalam Kelab 4x4 Demak Laut.

“Sehingga kini Kelab 4x4 Demak Laut telah mempunyai 25 ahli yang kebanyakannya daripada belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

“Dalam usaha merancakkan lagi kelab ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) kelab kini membuka penyertaan kepada peminat dan pemilik kenderaan 4x4 ini di sekitar Kuching.

“Apabila kelab ini berkembang dan meriah, banyak aktiviti dan program yang boleh kita laksanakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa sembang santai Kelab 4x4 Demak Laut di Jambatan Bako pada Ahad. 

Kelab ini mula ditubuhkan pada 22 Disember lepas dan aktiviti pertama mengadakan konvoi ke Teluk Melano. 

Dalam pada itu, Dr Haji Hazland yang juga Penaung Kelab 4x4 Demak Laut mahu kelab ini aktif dengan merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahlinya. 

“Pada tahun ini kita merancang mengadakan siri konvoi ke beberapa kawasan di Sarawak dan negara jiran di Sambas, Kalimantan. 

“Lebih menarik lagi, kita juga akan mendedahkan setiap ahli keadaan sebenar kebolehan kenderaan berprestasi tinggi di kawasan yang mencabar. 

“Malah, kita juga akan menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan khususnya ketika banjir atau kebajikan lain yang memerlukan di kawasan DUN Demak Laut,” ujarnya. 

Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh menghubungi Presiden Kelab 4x4 Demak Laut Hassan Eli di talian 010-9779667. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top