Music

Header Ads

Monday, April 13, 2020

5,777 Keluarga Di DUN Demak Laut Telah Menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang


KUCHING: Sehingga Isnin, Pusat Khidmat N5 Demak Laut telah mengagihkan  seramai 5,777 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang kepada keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata komitmen yang ditunjukkan staf Pusat Khidmat N5 Demak Laut dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) di kawasan DUN Demak Laut. 

“Alhamdulillah dan syukur di atas kelancaran pengagihan Bantuan Makanan  Fasa Satu dan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang bagi Fasa 2 di DUN Demak Laut. 

“Kelancaran pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ini turut mendapat kerjasama baik daripada Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Peringkat Cawangan dan Ranting, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) membolehkan bantuan makanan ini dapat diagihkan dengan lancar.

“Inilah perpaduan yang ada di kawasan DUN Demak Laut sehingga membolehkan pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang dapat dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai status terkini pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang pada Isnin. 


Terdahulu, seramai 219 keluarga di Kampung Tabuan Tengah telah menerima agihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang baru-baru ini. 

Dr Hazland turut meminta masyarakat di DUN Demak Laut untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi kesihatan diri dan kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

“Setiap langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk kebaikan bersama. 

“Untuk itu, dalam menghadapi PKP Peringkat Ketiga pada Khamis ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, duduk di rumah, amalkan jarak sosial dan sentiasa guna hand sanitizer, dan topeng muka untuk menghindarkan diri daripada COVID-19,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top