Music

Header Ads

Sunday, April 12, 2020

126 Keluarga Kampung Tanjung Bako Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang


KUCHING: Seramai 126 keluarga dari Kampung Tanjung Bako merupakan penerima terkini Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Dr Hazland Abang Hipni berkata seperti yang dimaklumkan sebelum ini semua Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan DUN Demak Laut akan menerima bantuan makanan ini. 

“Pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ini adalah inisiatif Kerajaan Sarawak dalam membantu keluarga yang memerlukan di waktu penularan pandemik COVID-19.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah langkah terbaik dalam memutuskan rantai wabak COVID-19 dan ianya dilaksanakan di seluruh negara di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam status terbaru pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di dalam laman facebook Hazland Hipni. 


Dr Hazland juga percaya penularan wabak COVID-19 ini dapat diatasi sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang diarahkan kerajaan dan mendisiplinkan diri dengan mengamalkan kebersihan diri. 

“Keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Peringkat Ketiga bermula 15 hingga 28 April 2020 adalah langkah tepat bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. 

“Dalam tempoh PKP Peringkat Pertama dan Kedua ini, trend penularan wabak COVID-19 masih belum menampakkan tanda-tanda penurunan. Dan, kerajaan sedaya upaya untuk memulihkan keadaan ini supaya kembali sediakala. 

“Justeru, pengumuman kerajaan melanjutkan PKP Peringkat Ketiga perlu dilihat dalam konteks ke hadapan supaya wabak COVID-19 dapat diatasi. Insha Allah, kita akan menang,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top