Music

Header Ads

Friday, April 10, 2020

5,460 Daripada 5,698 KIR Sudah Menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Di DUN Demak Laut


KUCHING: Fasa kedua pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut berjalan lancar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, seramai 5,460 daripada 5,698 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. 

“Sehingga semalam (Khamis), kita telah berjaya menghantar 5,460 bungkusan bekalan makanan. 

“Bantuan ini meliputi 28 buah kampung yang ada di dalam kawasan DUN Demak Laut,” katanya dalam status terbaru Laporan Pengagihan Makanan Oleh Pusat Khidmat N5 Demak Laut dari 24 Mac hingga 7 April 2020 di dalam laman Facebook Hazland Hipni pada Jumaat. 


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ini belum termasuk pekerja-pekerja kilang yang terperangkap di kediaman mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pekerja-pekerja kilang ini turut diambil perhatian ekoran kilang tempat mereka bekerja ini di dalam kawasan DUN Demak Laut.

“Kita akan meneruskan lagi agihan kepada masyarakat di beberapa buah kampung dan ini termasuk juga pekerja-pekerja kilang,” ujarnya. 

Beliau turut meminta masyarakat yang masih belum menerima supaya bersabar dan agihan makanan ini akan diteruskan kepada KIR yang masih belum menerimanya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top