Music

Header Ads

Thursday, April 9, 2020

170 KIR Taman Sepakat Jaya Terima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang


KUCHING: Dalam fasa satu ini, seramai 170 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 959 KIR Taman Sepakat Jaya menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ini merupakan sumbangan Kerajaan Sarawak di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang. 

“Pada hari ini (Rabu), seramai 170 Ketua Isi Rumah menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang. 

“Ini merupakan fasa satu agihan bantuan ini dan ada 4 fasa lagi yang akan menyusul. 

“Jumlah keseluruhan KIR di kawasan Taman Sepakat Jaya ini ialah 959 KIR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Fasa Satu di Perkarangan Surau Taman Sepakat Jaya pada Rabu. 


Mengulas lanjut, pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang ditadbir Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg  dalam membantu rakyat Sarawak ketika menghadapi penularan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejumlah RM16.4 juta telah diperuntukkan bagi membekalkan makanan kepada rakyat Sarawak.

“Untuk itu, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, semua KIR akan mendapat Bantuan Makanan Sarawakku Sayang,” ujarnya. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kaum Abdul Rahman, Ketua Ranting PBB Ranting Taman Sepakat Jaya Mohd Rubi, Ketua Wanita PBB Ranting Taman Sepakat Jaya Siti Safarinawati, Ketua Pemuda PBB Ranting Hassan Eli dan semua Ahli Jawatankuasa PBB Ranting Taman Sepakat Jaya yang membantu melancarkan agihan bantuan makanan ini. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top