Music

Header Ads

Monday, September 28, 2020

Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya Siap, Mahu Lebih Ramai Belia DUN Demak Laut Mewakili Sarawak


DEMAK LAUT, Kuching: Golongan belia di Taman Sepakat Jaya kini boleh tersenyum gembira apabila Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya telah siap. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, gelanggang sepak takraw ini kini boleh digunakan belia untuk beriadah dan mengasah bakat. 


“Gelanggang Sepak Takraw Taman Sepakat Jaya ini merupakan salah satu Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah ADUN Demak Laut dengan kos sebanyak RM100,000. 


“Dengan siapnya gelanggang sepak takraw, belia di Taman Sepakat Jaya boleh lebih aktif dalam sukan dan cara kehidupan sihat dan menjauhi dari gejala negatif,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Taman Sepakat Jaya pada Jumaat. 



Dalam pada itu, Dr Hazland mahu lebih ramai lagi belia DUN Demak Laut mengikuti jejak langkah salah seorang belia Kampung Hijrah Bako yang telah terpilih mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dalam acara sepak takraw yang akan diadakan di Johor pada tahun depan. 


“DUN Demak Laut berasa berbangga atas pemilihan salah seorang belia dari Kampung Hijrah Bako yang terpilih mewakili Sarawak dalam sukan sepak takraw di SUKMA. 


“Dengan adanya kemudahan sukan seperti sepak takraw dan futsal akan dapat melahirkan lebih ramai belia yang mewakili Sarawak dan negara pada masa akan datang,” ujarnya. 



Dalam pada itu, beliau turut meminta belia dan penduduk menjaga kemudahan sukan dan kemudahan lain yang disediakan untuk keperluan penduduk pada hari ini dan akan datang. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top