Music

Header Ads

Monday, December 21, 2020

Kemudahan Lampu Solar Di Pangkalan Sungai Tapang-Balang Beri Manfaat Kepada Kira-Kira 2,000 Penduduk


DEMAK LAUT, Kuching: Penyediaan lapan buah lampu solar yang bernilai RM80,000 di Pangkalan Sungai Tapang-Balang akan memberikan manfaat kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan itu. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, projek itu yang merupakan sebahagian daripada Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut adalah atas permohonan daripada penduduk kampung. 


“Keadaan yang gelap pada waktu malam di kawasan Pangkalan Sungai Tapang-Balang telah menyukarkan aktiviti-aktiviti penduduk sekaligus mengundang bahaya terhadap keselamatan khususnya bagi mereka yang menyeberang menggunakan motosikal di dalam perahu.


“Ini juga secara langsung memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 pengguna dari Kampung Tiang Api, Beradek, Semilang, Beradek Cina dan Sungai Pinang,” katanya. 



Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak projek bagi melihat lampu solar di Pangkalan Sungai Tapang-Balang pada Ahad. 


Mengulas mengenai lampu solar ini juga, Dr Hazland menjelaskan ianya amat praktikal memandangkan tidak memerlukan penggunaan tenaga elektrik dan hanya memerlukan cahaya matahari serta bateri untuk berfungsi. 


“Selain mengurangkan kos pembaikan, lampu solar ini juga mampu bertahan lama dengan kapasiti bateri yang besar serta menggunakan lampu LED yang mempunyai kadar cahaya yang terang dan jelas,” ujarnya. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top