Music

Header Ads

Tuesday, August 24, 2021

Keputusan Mengetatkan SOP PPN Fasa 2 Disambut Baik - Dr Hazland



DEMAK LAUT, Kuching: Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri ini sangat tepat. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni, ini bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 terutama varian Delta yang mudah merebak dan kini telah banyak menjangkini masyarakat.


“Memendekkan waktu operasi ekonomi dan sosial dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam sangat tepat bagi membolehkan banyak masa dihabiskan di rumah. 


“Di samping itu, dine-in atau makan di kedai juga tidak lagi dibenarkan buat sementara waktu dan hanya bungkus serta bawa pulang dibenarkan,” katanya semasa ditemui selepas menyaksikan Program Vaksinasi COVID-19 Kampung Tabuan Melayu di Dewan Kampung Tabuan Lot baru-baru ini. 


Untuk itu, masyarakat terus digesa untuk mematuhi SOP Fasa 2 yang telah dikemaskini pada 21 Ogos 2021 yang mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19. 



Dr Hazland mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Tanah Putih yang meneruskan program vaksinasi COVID-19 yang tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 


“Seramai 560 orang penduduk dari Zon Tabuan Melayu yang terkandas disebabkan PKPD menerima vaksin dos kedua. 


“Dengan melengkapkan vaksin ini akan meningkatkan daya tahan badan ke atas jangkitan COVID-19,” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top