Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

Kerajaan Negeri Sarawak Bersedia Menawarkan RM1 Bilion Bagi Membina Semula Sekolah Daif


BETONG - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan, Kerajaan Sarawak bersedia menawarkan pinjaman RM1 bilion untuk membina semula sekolah usang di seluruh Sarawak sekiranya kerajaan persekutuan menghadapi kekurangan dana.

Katanya Sarawak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur pendidikan dan perancangan membangunkan sekolah usang telah dicapai menerusi kerajaan terdahulu namun belum berjaya dilaksanakan.

“Saya telah mencadangkan kepada mereka dan bersedia menggunakan dana kerajaan negeri tetapi perlu membayar balik dengan jumlah RM1 bilion. 

“Namun mereka enggan menerima pelawaan disebabkan kerajaan persekutuan mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Back To Top