Music

Header Ads

Thursday, July 26, 2018

Kerajaan Sarawak Sedia Luluskan RM50 Juta Selesaikan Masalah Bekalan Elektrik


BETONG - Keperluan membangunkan sekolah-sekolah daif ini adalah demi anak-anak dan warga pendidikan yang agak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengharapkan kerajaan baharu akan meneruskan janji untuk membina semula sekolah yang daif di Sarawak.

“Melihat kepada keperluan sekolah yang dibekalkan dengan generator dilihat sebagai satu pembaziran apatah lagi harga minyak diesel yang sentiasa melonjak.

“Pembekalan oleh kontraktor juga terlalu menekan dengan harga berganda daripada harga asal memberi keuntungan kepada pembekal. 

“Kenapa tidak menyambung bekalan elektrik ke sekolah sedangkan punca bekalan ada berhampiran dengan sekolah?

“Saya juga bersedia meluluskan dana RM50 juta kepada Kementerian Pendidikan jika mereka memerlukan RM50 juta untuk sambungan bekalan kuasa elektrik bagi menyelesaikan masalah demi keperluan kanak-kanak luar bandar,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Ke-47 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Back To Top