Music

Header Ads

Tuesday, July 31, 2018

Sarawak Bina Loji Pengeluaran Hidrogen Dan Stesen Bahan Api Pertama Di Asia Tenggara


KUCHING - Loji pengeluaran Hidrogen dan stesen pengisian bahan api yang pertama di Asia Tenggara sedang dalam proses untuk dibangunkan di Sarawak.

Kerja-kerja pembangunan loji serta stesen ini akan dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama Linde Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam pembangunan hidrogen.

Majlis pecah tanah bagi projek perintis itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Pejabat Wilayah Barat SEB, di Bintawa dekat sini hari ini.


Dalam ucapan perasmiannya, Abang Johari berkata, majlis pecah tanah hari ini memberi makna yang amat signifikan kepada Sarawak.

"Saya telah berjanji untuk memulakan sesuatu berkaitan hidrogen dalam tahun 2018 untuk lebih spesifik dalam bulan Julai tahun ini.

"Hari ini saya telah menunaikan janji saya kepada rakyat Sarawak," katanya merujuk kepada majlis pecah tanah projek tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, projek berkenaan dijangka siap pada suku pertama tahun 2019 dengan loji akan beroperasi secara automatik bagi meminimumkan tenaga kerja. 

Projek perintis itu diharap akan dapat menjadikan Sarawak sebagai pengeluar dan pengeksport tenaga hijau dunia pada masa akan datang.



Turut hadir, Menteri Utiliti, Dato Sri Stephen Rundi Utom; Pengerusi SEB, Datuk Amar Hamed Sepawi; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Sharbini Suhaili; serta Ketua Unit Perniagaan Wilayah Linde, Rob Hughes. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Back To Top