Music

Header Ads

Tuesday, July 31, 2018

Tambang Feri Dijangka Dimansuhkan Tahun Depan - Abang Jo


KUCHING - Sarawak bakal menghapuskan tambang perkhidmatan feri di negeri ini mulai tahun hadapan.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan sedang meneliti perkara itu sebelum ia dilaksanakan.

"Kini, kita sedang meneliti dan menjelang tahun hadapan kita akan hapuskan tambang perkhidmatan feri.

"Saya telah mengarahkan Tan Sri Datuk Amar James Masing (Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan) untuk mengira berapa kos untuk dibayar (kepada pengusaha feri)," katanya pada Majlis Minum Petang bersama Media yang timbalannya, Masing dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, beliau akan mengumumkan tarikh berkenaan pada tahun hadapan.

"Kita akan hapuskan tambang perkhidmatan feri, yang bermakna percuma kepada rakyat.

"Ini memudahkan perjalanan masyarakat kita di luar bandar khasnya yang menggunakan feri," katanya.

Beliau berkata, sebelum ini semasa di bawah pentadbiran mantan Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan, semua tol di negeri ini dihapuskan.

Abang Johari berkata, sebagai pengganti kepada Tok Nan, beliau meneruskan polisi meringankan beban rakyat termasuk menghapuskan tambang feri. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

Back To Top