Menjawab kepada persoalan di atas, ada dua (2) faktor yang boleh mempengaruhi kita dalam membuat menentukan keputusan konflik iaitu manusia dan persekitaran.
Manusia mempunyai akal fikiran yang membolehkan keputusan itu dibuat berdasarkan kepentingan dan analisis selepas mengambil kira beberapa sebab. Manakala, faktor persekitaran pula menyebabkan keputusan itu dibuat dengan memastikan ia mempunyai kaitan bersebab.
Kedua-dua faktor menjadi penentu utama kepada keputusan konflik sama ada menghasilkan sesuatu yang baik atau sebaliknya selepas berinterakasi dengan latar belakang manusia dan keadaan persekitaran.
Latar belakang manusia juga mempengaruhi keputusan kita dalam menghadapi konflik seperti keperibadian, sejarah, sensitiviti, tahap pengawalan diri dan sebagainya.
Begitu juga keadaan persekitaran seperti budaya, adat, undang-undang, penguatkuasa, pihak ketiga, keganasan, senjata dan sebagainya yang turut mempengaruhi pengurusan konflik.
Justeru, dua faktor ini akan berinteraksi dalam membuat keputusan dan bergantung kepada latar belakang manusia dan keadaan persekitaran untuk memastikan keputusan yang dibuat itu baik atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment