Music

Header Ads

Wednesday, December 19, 2018

Konflik Mempunyai Tahap-Tahap Tertentu Mengikut Ketetapan Semasa


Selepas kita memahami bahawa konflik mempunyai perasaan negatif dan positif, dan faktor-faktor yang mempengaruhi dalam menentukan keputusan konflik, konflik juga mempunyai tahap-tahap tertentu mengikut ketetapan semasa.

Dari segi keseriusannya, tahap konflik boleh dilihat dari yang ringan sehingga kepada suatu tahap yang mustahil dapat diselesaikan. Ianya merangkumi ketidakselesaan, insiden, salah faham, ketegangan dan krisis. 

Dalam pada itu, konflik juga bergantung kepada sejarah, tahap emosi, jangka masa konflik, kerumitan konflik, kepentingan konflik, dan identiti yang terlibat sama ada dari segi bangsa, agama, jantina dan ekonomi.

Ini disebabkan di sebalik setiap konflik yang berlaku itu ia mempunyai latar belakang dan keadaan yang berbeza tertakluk kepada situasi masa berlaku. 

Di samping itu, struktur konflik juga mempunyai pengaruh dalam menentukan kesan ke atas kedua-dua pihak sama ada baik atau berlakunya penentangan. 

Setiap daripada mereka yang mengalami konflik akan mengambil kira tahap konflik, kebergantungan konflik dan struktur konflik itu sendiri sebelum sesuatu keputusan itu diambil sebagai langkah terakhir untuk mengakhiri konflik. 

Justeru, kedua-dua pihak perlu mempunyai pengetahuan yang jelas menerusi rundingan dan perbincangan dalam mencari titik persamaan.


Jika ini diadaptasi, nescaya keputusan akhir yang dicapai akan memberikan suatu kepuasan kepada mereka yang menghadapi konflik. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top