Music

Header Ads

Saturday, February 9, 2019

Dr Hazland Lancar Dua Facebook Pages Untuk Rakyat DUN Demak Laut


KUCHING: Dalam usaha terus mendekatkan diri di kawasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni telah mewujudkan dua lagi Facebook Pages bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada rakyat di kawasan mengenai aktiviti dan program di kawasan.

Rakyat di kawasan DUN Demak Laut juga boleh mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dengan ADUN bagi apa-apa keperluan yang dirasakan perlu terus kepadanya.

Dua Facebook Pages itu, GPS N5 Demak Laut https://www.facebook.com/GPS-N5-Demak-Laut-2074793589271874/ dan PBB N5 Demak Laut diwujudkan sejajar dengan penubuhan rasmi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat negeri pada 19 Januari lepas.

Penubuhan Facebook Pages PBB N5 Demak Laut https://www.facebook.com/PBB-N5-Demak-Laut-2009407412520953/ diwujudkan sejajar pula bertujuan untuk memantapkan lagi penyampaian wakil rakyat di kawasan khususnya berkaitan pengambilan ahli parti PBB yang baharu, penerangan isu-isu semasa dan semestinya agenda pembangunan di kawasan DUN Demak Laut.


Sebelum ini, Dr Haji Hazland yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sarawak telah mempunyai dua Facebook Pages yang dikenali Page DUN N05 Demak Laut dan Page Hazland Hipni.

Malah dalam Facebook Pages tersebut, Dr Hazland turut memberi maklumat berkenaan dengan cara untuk berhubung dengan beliau khususnya dalam penyaluran pembangunan yang diperlukan di kawasan DUN Demak Laut. 

Sehubungan itu, rakyat di kawasan DUN Demak Laut perlu mengambil peluang ini untuk berinteraksi terus kepada ADUN Demak Laut Dr Hazland dalam sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan kawasan.

No comments:

Post a Comment

Back To Top