Music

Header Ads

Wednesday, March 20, 2019

Pelancaran GPS Di Kampung Bradek Meriah


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni meneruskan pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kampung Bradek, semalam.
Walaupun menggunakan pengangkutan perahu tambang untuk sampai ke Kampung Bradek, ianya tidak menghalang Dr Hazland dan rombongan Pusat Khidmat DUN Demak Laut untuk bersama-sama penduduk Kampung Bradek melancarkan GPS.
Seperti lazimnya dalam setiap Majlis Pelancaran GPS, Dr Hazland akan mengadakan Taklimat Isu-Isu Politik Semasa Sarawak dan diikuti soal jawab terhadap isu-isu yang berlaku di Kampung Bradek.
Suasana soal jawab bersama penduduk ternyata suatu kaedah terbaik yang dilakukan Dr Hazland bagi menjawab segala macam permasalahan penduduk seperti pemilikan tanah, rumah mesra rakyat, masalah air dan elektrik, dan sebaganya.
Malah, penduduk kampung melahirkan rasa gembira apabila pemimpin mereka itu mahu berdialog dengan mereka dalam mencari jalan penyelesaian secara bersama.
Pada majlis itu, Dr Hazland turut mengumumkan kelulusan projek membina jalan raya di Kampung Bradek.

No comments:

Post a Comment

Back To Top