Music

Header Ads

Sunday, March 15, 2020

Dr Hazland Sampaikan Bantuan Segera Kepada Mangsa Kebakaran Di Kampung Tabuan Tengah


KUCHING: Kebakaran sekitar jam 9.45 pagi Sabtu yang telah memusnahkan empat buah rumah di Kampung Tabuan Tengah telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. 

Dr Hazland telah hadir bagi melawat mangsa kebakaran dan menyampaikan bantuan sumbangan segera kepada mangsa-mangsa kebakaran. 

“Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran pagi tadi (Sabtu). Hanya ada seorang sahaja yang dilaporkan mengalami kecederaan sewaktu menyelamatkan barang-barang. 

“Pusat Khidmat N5 Demak Laut akan menyalurkan bantuan segera berdasarkan keperluan mendesak bagi meringankan beban mangsa.

“Untuk permulaan, sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mangsa dan keluarga untuk tempoh terdekat sebelum bantuan lain menyusul,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menghulurkan bantuan sumbanngan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Surau Darul Salihin, Kampung Tabuan Tengah pada Sabtu.


Dr Hazland turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di atas pertolongan yang diberikan dalam memadam kebakaran.

“Menurut Bomba, dua buah rumah terbakar sepenuhnya dan dua lagi terbakar kira-kira 60 peratus.

“Kehadiran Bomba telah berjaya mengekang api terus merebak bagi memusnahkan sepenuhnya dua buah rumah tersebut,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang turut membantu memadam kebakaran.

No comments:

Post a Comment

Popular Feed

Recent Story

Featured News

Back To Top