Music

Header Ads

Wednesday, April 1, 2020

176 Penerima Dari Kampung Bako Hilir, Tengah Dan Hulu Terima Bantuan Makanan


KUCHING: Seramai 176 golongan asnaf bantuan yang juga merupakan penerima e-kasih di Kampung Bako Hilir, Bako Tengah dan Bako Hilir menerima bantuan berupa barangan keperluan makanan.

Bantuan makanan ini merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni. 

“Bantuan berupa makanan kepada penerima e-kasih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut diteruskan dan kali ini seramai 176 penerima daripada Kampung Bako menerima bantuan. 

“Bantuan ini adalah inisiatif saya sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Demak Laut bagi mengurangkan beban kepada golongan asnaf yang terkesan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya kepada media selepas dihubungi pada Selasa. 


Dalam perkembangan lain, Dr Hazland yang juga Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu juga menasihatkan penduduk di Bandaraya Kuching khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut untuk terus duduk di rumah dan patuhi arahan pihak berkuasa di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

“Trend semasa pesakit COVID-19 di Bandaraya Kuching ketika ini belum menampakkan pengurangan sebaliknya meningkat dari semasa ke semasa. 

“Keadaan ini amat menggusarkan dan membimbangkan. Justeru, saya meminta penduduk di Kuching khususnya yang berada di kawasan DUN Demak Laut untuk mematuhi arahan berkuasa dan mengikuti langkah-langkah kebersihan diri dalam usaha membendung penularan penyakit COVID-19,” ujarnya. 

Hadir sama Ketua Kaum Hj Wahed Sani, Ketua Kaum Hj Murni dan Ketua-Ketua Ranting Parti pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bako Hilir, Tengah dan Hulu.

No comments:

Post a Comment

Back To Top