Music

Header Ads

Tuesday, April 7, 2020

Fasa Kedua Agihan Bantuan Makanan Kepada Semua KIR Di DUN Demak Laut


KUCHING: Agihan bantuan makanan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut bagi Fasa Kedua kini bermula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata bantuan makanan Fasa Kedua ini meliputi seluruh Ketua Isi Rumah (KIR) yang berada di kawasan DUN Demak Laut.

“Hari ini, semua Ketua Isi Rumah yang berjumlah 164 orang di Kampung Senari menerima bantuan makanan.

“Bantuan makanan ini sumbangan Kerajaan Sarawak seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang.

“Bantuan makanan ini diharap dapat meringankan beban masyarakat di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki peringkat kedua,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kampung Senari pada Isnin. 


Dalam pada itu, Dr Hazland yang juga Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu menyambut baik cadangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang membenarkan kembali operasi membaiki kenderaan pada setiap Selasa dan Khamis bermula minggu ini. 

“Kerajaan telah mendengar rintihan masyarakat apabila membenarkan semula kedai membaiki kereta dan motosikal beroperasi semula selepas 21 hari.

“Walaupun hanya dibenarkan beroperasi pada setiap Selasa dan Khamis, ianya sudah cukup memadai bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan membaiki kereta dan motosikal. 

“Bagaimanapun, diingatkan semua harus mematuhi Standard Operating Prosedure (SOP) sempena PKP ini dengan mengekalkan jarak sosial, menggunakan ‘face mask’ dan kerap cuci tangan,” ujarnya.

Hadir sama Ketua PBB Ranting Senari Hasbi Hamid, Ketua Pemuda PBB Ranting Sneari Azzar Ali dan Ahli Jawatankuasa PBB Ranting Senari. 

No comments:

Post a Comment

Back To Top