Music

Header Ads

Tuesday, May 5, 2020

Jangan Bersikap Sambil Lewa Arahan PKP, Terus Amalkan Penjarakkan Sosial


KUCHING: Penurunan kes positif COVID-19 yang dicatatkan kebelakangan ini menunjukkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan berkesan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata orang ramai jangan menganggap penurunan kes positif COVID-19  akan terus menyebabkan virus itu hilang dan tidak dikesan lagi. 
“Sebaliknya, orang ramai masih perlu duduk di rumah dan mengamalkan Standard Operating Prosedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti amalan penjarakkan sosial, menggunakan penutup mulut dan hidung dan sentiasa mencuci tangan atau menggunakan ‘hand sanitizer’.
“Malah, jika tiada keperluan untuk keluar rumah adalah lebih baik duduk di rumah sahaja. 
“Hanya dengan cara itu, penularan kes COVID-19 ini dapat diputuskan,” katanya. 

Tambah Dr Hazland lagi, jika keadaan ini tidak dipedulikan atau dianggap mudah pastinya kluster baharu akan muncul dan sekaligus meningkatkan bilangan kes positif. 
“Lihat sahaja Amerika Syarikat, apabila rakyatnya tidak mengamalkan penjarakkan sosial dan melanggar PKP, kes positifnya setiap hari meningkat dan dalam tempoh beberapa minggu sahaja jumlah kes positif COVID-19 di negara  itu telah mencecah lebih 1 juta. 
“Di Malaysia, kejayaan beberapa kes positif COVID-19 pulih dan sembuh bukan jaminan bahawa virus itu ada ubatnya.
“Sehingga kini, masih belum ada ubat atau penawar kepada COVID-19 sebaliknya hanya duduk di rumah ‘ubat’ paling mujarab ketika ini,” ujarnya. 
Untuk itu, orang ramai diminta untuk terus mematuhi arahan PKP dan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memastikan wabak COVID-19 ini berjaya dibanteras. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top