KUCHING: Setiap tahun dunia mengiktiraf jururawat tugas dan peranan jururawat dalam memastikan kesihatan terpelihara dan dijaga.
Menyedari tanggungjawab itu, 12 Mei setiap tahun dinamakan sebagai Hari Jururawat.
Ahli Dewan Undnagan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata peranan dan tanggungjawab jururawat di sepanjang membanteras penularan wabak pandemik COVID-19 sebagai barisan hadapan amat disanjungi.
“Jururawat bersama petugas kesihatan yang lain berperanan penting dalam berkhidmat sebagai barisan hadapan di sepanjang penularan wabak COVID-19.
“Mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan nyawa demi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dikekang dan pesakit yang positif dapat dirawat dan sembuh speenuhnya.
“Justeru, sempena Hari Jururawat pada 12 Mei, diucapkan Selamat Hari Jururawat 2020. Sesungguhnya pengorbananmu amat dihargai dan disanjungi, semoga mendapat rahmat hidayah yang mencurah curah dari Ilahi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam status terbaru di entri media sosial Facebook Hazland Hipni pada Selasa.
Tidak cukup dengan itu, pengorbanan jururawat semasa pandemik COVID-19 ini sukar dicari ganti biarpun terpaksa berdepan risiko jangkitan virus itu.
Tambah Dr Hazland lagi, mereka terpaksa bekerja lebih dari 8 jam sehari, melupakan kebahagian keluarga dan bekerja dalam suasana kurang selesa demi memastikan wabak COVID-19 ini dapat dikekang penularannya.
“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), barisan hadapan yang turut dibarisi jururawat bertungkus lumus merawat pesakit yang dijangkiti COVID-19 dan membantu membuat saringan COVID-19.
“Mereka juga bertindak memastikan pesakit lain yang bukan dari kes COVID-19 turut mendapat perhatian dan tindakan bagi memastikan masyarakat terpelihara kesihatan mereka,” ujarnya. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment