Music

Header Ads

Monday, July 20, 2020

Golongan Belia Perlu Bertindak Lebih Rasional, Jangan Mudah Terpedaya Dengan Persepsi Pembangkang


KUCHING: Golongan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut perlu lebih bertindak rasional dengan tidak mudah terpedaya dengan persepsi pembangkang khususnya mengenai pembangunan di peringkat kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak sentiasa mengutamakan pembangunan berterusan di peringkat kampung menerusi  pelaksanaan Projek Infrastruktur Kerajaan Negeri, Projek Perumahan Spektra, Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Rakyat dan Projek Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) serta pelbagai lagi program kebajikan. 

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan hak rakyat Sarawak di dalam menyediakan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan awam dan asas.

“PBB-GPS bukan hanya bekerja ketika musim pilihan raya atau hari ini, tetapi telah bekerja setiap masa sebaik sahaja diberi mandat untuk mentadbir negeri ini. Tidak seperti pembangkang yang hanya mula nampak menjelang pilihan raya dengan menaburkan pelbagai janji yang belum tentu dapat ditunaikan.

“Malah, hampir setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut telah mempunyai kemudahan awam dan asas yang diperlukan meliputi keperluan belia, wanita dan komuniti setempat,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Pemuda PBB N5 Demak Laut di sebuah hotel baru-baru ini. 


Ujar Dr Hazland lagi, Pemuda PBB di DUN Demak Laut juga perlu menguasai media sosial sebagai senjata baharu yang ampuh dalam memerangi tohmahan pembangkang di media sosial. 

“Ketika menjelang pilihan raya, pembangkang sentiasa cuba meracuni pemikiran penduduk dengan menyebarkan berita palsu dan mencipta persepsi bagi memburukkan PBB dan kerajaan hari ini.

“Dalam hal ini, Pemuda PBB DUN Demak Laut perlu mempunyai maklumat dan fakta yang betul bagi menangkis tohmanan pembangkang yang berusaha mengelirukan masyarakat.

“Menerusi penguasaan media sosial, masyarakat akan dapat fakta yang betul dan seterusnya tahu bahawa taktik pembangkang hanyalah untuk mengeliruka masyarakat,” ujarnya. 


Mesyuarat itu dihadiri setiap Ketua Pemuda Ranting PBB di dalam kawasan DUN Demak Laut. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top