Music

Header Ads

Saturday, July 25, 2020

PBB-GPS Akan Terus Pertahankan DUN Demak Laut, Tingkatkan Lagi Majoriti Kemenangan Pada PRN Akan Datang


DEMAK LAUT, Kuching: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN Demak Laut dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mengorak langkah dalam memperjuangkan agenda ‘Sarawak Diutamakan’ bagi memastikan kawasan DUN Demak Laut terus menjadi milik PBB-GPS dan sekaligus meningkatkan majoriti kemenangan pada pilihan raya akan datang. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, untuk itu seperti tahun-tahun sebelumnya PBB DUN Demak Laut menggunakan pendekatan turun padang, mendengar dan menyelesaikan setiap permasalahan rakyat setiap masa tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya.  

“PBB akan meneruskan prestasi kecemerlangannya seperti mana dalam pilihan raya terdahulu menerusi konsep penyelesaian isu-isu di peringkat akar umbi. 

“Ini merangkumi isu-isu seperti isu tanah, perumahan, infrastruktur, kebajikan dan sosioekonomi.

“Malah, setiap isu tersebut akan kita perhalusi dan pastikan ianya dapat diselesaikan bagi kemudahan penduduk,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan DUN Demak Laut baru-baru ini. 


Menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, Dr Hazland yang juga Ketua Cawangan PBB DUN Demak Laut menambah pencapaian PBB di kawasan DUN Demak Laut sangat baik dan kita akan terus pertahankan rekod ini serta meningkatkan tahap sokongan rakyat kepada PBB-GPS. 

“Rakyat kini sudah bijak memilih pemimpin dan parti yang boleh memperjuangkan kebajikan mereka dengan melihat trek rekod dan perjuangan semasa tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya. 

“Menerusi Politik Pembangunan yang diterapkan sejak dahulu, ternyata kepentingan dan keperluan rakyat terus dibela dengan membawa pembangunan yang berterusan dan politik negeri yang stabil dan diyakini.

“Tidak seperti pembangkang yang terus membawa politik pembohongan, politik perpecahan, politik hasutan, politik kebencian dan politik putar alam,” katanya.


PBB DUN Demak Laut akan terus mendekati masyarakat bagi memastikan setiap agenda pembangunan yang dibawa sampai kepada mereka yang memerlukan. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top