Music

Header Ads

Sunday, July 26, 2020

Walaupun Mencabar, Kampung Tabuan Hj Drahman 1 Akan Terus Dibangunkan Seperti Kampung-Kampung Lain Dalam DUN Demak Laut


DEMAK LAUT, Kuching: Bukan mudah untuk membangunkan sebuah kampung tradisi yang terletak di kawasan bandar dan memerlukan perhatian serta perbincangan yang berterusan untuk memastikan Kampung Tabuan Hj Drahman 1 turut menikmati pembangunan berterusan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata untuk itu, setiap perancangan pembangunan di kampung ini perlu dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor supaya pembangunan yang diadakan ini selari dengan keperluan dan kepentingan penduduk.

“Berbeza dengan kampung-kampung yang lain dalam kawasan DUN Demak Laut, Kampung Tabuan Hj Drahman 1 ini unik kerana merupakan kampung tradisi dan terletak di dalam kawasan bandar. 


“Bagaimanapun, kampung ini terhad dari segi kawasan penempatannya yang berdekatan dengan kawasan perkilangan. 

“Namun, ia tidak menghalang untuk Kampung Tabuan Hj Drahman 1 ini untuk terus menikmati pembangunan dan sosioekonomi menerusi perancangan yang rapi dan tersusun,” katanya selepas mempengerusikan Dialog Isu-Isu Semasa Kampung dan Persiapan Pilihan Raya Untuk Kepimpinan Tertinggi Kampung Tabuan Haji Drahman 1 baru-baru ini. 


Ujar Dr Hazland lagi, walaupun kawasan penempatan penduduk Kampung Tabuan Hj Drahman 1 itu terhad, namun penduduk di situ perlu juga menerima pembangunan selari dengan keadaan semasa dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“Penduduk mahu mereka juga turut sama menikmati pembangunan dari segi fizikal, infrastruktur dan ekonomi seperti kampung-kampung lain di DUN Demak Laut.

“Untuk itu, beberapa isu setempat di peringkat kampung telah dibincangkan secara panjang lebar seperti kemudahan infrastruktur, dewan serbaguna, gelanggang futsal, kebajikan dan pembangunan sosioekonomi. 

“Tindakan susulan terhadap beberapa keputusan telah pun dicapai dan diatur selepas mendapat persetujuan daripada penduduk,” karanya.


Menerusi pendekatan perbincangan terus bersama kepimpinan tertinggi kampung, Dr Hazland mahu melihat Kampung Tabuan Hj Drahman ini terus maju dan menjadi antara kampung tradisi terbaik di tengah bandar di Sarawak. -Buletin Demak Laut

No comments:

Post a Comment

Back To Top