DEMAK LAUT, Kuching: Orang ramai khususnya penduduk kampung digesa untuk turut sama terlibat dalam aktiviti sukarelawan seperti Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Lot.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, menerusi penglibatan sukarelawan ini akan dapat membantu menangani permasalahan yang berlaku di kampung dan sekitar seperti kebakaran, banjir, penyaluran bantuan, penularan COVID-19 dan sebagainya.
“Dalam Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Lot mempunyai 35 orang anggota Bomba Sukarela yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
“Mereka telah diberikan latihan dan kemahiran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) sebagai barisan hadapan dalam menghadapi bencana
“Mereka juga telah banyak menabur budi dan bakti untuk penduduk-penduduk di sekitar Zon Bako yang kini masih belum mempunyai Balai Bomba,” katanya semasa berucap semasa menyampaikan sumbangan dana tahunan kepada Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Lot pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai pemberian dana tahunan ini, Dr Hazland menjelaskan ianya bertujuan untuk memberikan motivasi dan memenuhi keperluan mereka sepanjang tahun bagi meningkatkan lagi prestasi operasi Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Lot.
“Dengan adanya usaha sukarela ini yang telah dilakukan dengan bersungguh sungguh, maka sudah semestinya pasukan ini layak untuk diberi bantuan demi untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka,” jelasnya.
Persatuan Bomba Sukarela Kampung Bako Lot telah ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan membantu JPBM dalam tugas-tugas menghadapi bencana di kawasan Zon Bako. -Buletin Demak Laut
No comments:
Post a Comment