Music

Header Ads

Tuesday, December 29, 2020

Amalan Gotong-Royong, Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing Masih Relevan Dalam Kehidupan Hari Ini


DEMAK LAUT, Kuching: Amalan gotong-royong yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi masih lagi relevan dalam kehidupan masyarakat hari ini. 


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, amalan gotong-royong ini merupakan adat resam masyarakat yang dibina menerusi permaufakatan dan semangat kerjasama serta ianya tidak akan luntur. 


“Gotong-royong telah menjadi adat resam sejak dahulu lagi menerusi semangat bantu-membantu, bekerjasama, rasa kekitaan, rasa prihatin dan penyayang.


“Pada akhirnya, ia akan membentuk nilai sosioekonomi dalam masyarakat yang sejahtera dan bertoleransi,” katanya. 


Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Gotong Royong Perdana Kampung Sejingkat pada Ahad. 



Tambah Dr Hazland lagi, istilah yang sering digunakan ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ seharusnya perlu diterapkan sampai bila-bila dalam masyarakat. 


“Ini kerana kerja besar dan berat akan menjadi lebih mudah untuk diuruskan. 


“Malah, apabila masyarakat dapat bekerjasama secara tidak langsung akan mencapai matlamat yang disasarkan,” tambahnya. 



Dalam pada itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sejingkat dengan kerjasama Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Sejingkat, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak Energy Berhad (SEB), Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Pendidikan Bahagian Kuching yang turut sama menjayakan Program Gotong-Royong Kampung Sejingkat ini. -BULETIN DEMAK LAUT

No comments:

Post a Comment

Back To Top