Music

Header Ads

Monday, January 25, 2021

Kediaman Sempurna Membentuk Keluarga Dan Masyarakat Sejahtera

 


DEMAK LAUT, Kuching: Setiap manusia mahukan yang terbaik untuk keluarga khususnya dalam memiliki kediaman sempurna. 


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ketika ini keadaanya sangat sukar apabila harga rumah di pasaran terlalu tinggi.


“Harga rumah yang terlalu tinggi di pasaran telah menyebabkan golongan berpendapatan rendah B40 tidak mampu membeli dan memiliki rumah. 


“Ini pastinya memberikan kesan yang tidak baik kepada keluarga khususnya kepada anak-anak yang terpaksa tinggal bersama keluarga lain dalam satu rumah kecil,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan mengadakan tinjauan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) di Kampung Tabuan Drahman pada Sabtu. 



Selain Kampung Tabuan Drahman, turut ditinjau PPRMS di Kampung Tabuan Selipar Putus Cemerlang (SPC) dan Kampung Tabuan Dani.


Dr Hazland menambah, dengan adanya kediaman yang sempurna, ianya bukan sahaja memberikan kesejahteraan, tetapi juga dapat membentuk keluarga dan masyarakat yang sempurna. 



“Rumah adalah tempat untuk membesar, mendidik dan melindungi anak-anak, serta membina dan membangunkan keluarga. 


“Malah, rumah juga merupakan titik pertama dalam pembentukan anak-anak selain sekolah. 


“Ini sekaligus dapat mengelak daripada berlakunya gejala sosial yang pastinya semua ini bermula dari rumah,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Back To Top